Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Seorang pegawai Parti Demokrat Kurdistan memaklumkan militannya berjaya membunuh 28 anggota pengganas ISIS dalam satu operasi.
Jurucakap militan ini, Said Mamuzini bekata, operasi di Utara Mosul itu juga berjaya memusnahkan banyak kenderaan musuh dan peralatan perang mereka.
Tambah beliau lagi, "Operasi yang menggabungkan serangan udara pakatan antarabangsa anti ISIS dan Pismerga ini mampu membebaskan beberapa kampung seperti Tel al-Dzahab, Kafraj, Hasan Jalla dan Sheikha yang terletak di Timur Empangan Mosul."
"Pasukan ini sedang maju ke hadapan untuk membebaskan wilayah Nineve," tuturnya.
Majlis Keselamatan Nasional Kurdistan pada hari Khamis lalu memaklumkan militan Pishmerga sudah memulakan operasi membasmi ISIS di kawasan Tenggara dan Barat Daya Mosul.
Empangan Mosul yang terletak kira-kira 350 kilometer dari Baghdad merupakan salah satu dari pusat simpanan air terbesar di Iraq yang sebelum ini berada di bawah cengkaman ISIS.
Salah seorang anggota Majlis Keselamatan Nasional Kurdistan yang enggan namanya disiarkan berkata, perkampungan yang telah dibebaskan dalam tempoh 24 jam lalu merupakan kawasan penduduk Kurd dan strategik sehingga militan Peshmarga diserang.
Sementara itu Pusat Pemerintah Gabungan Antarabangsa mengumumkan pihaknya telah mengebom kedudukan ISIS di beberapa kawasan Utara Iraq dalam peperangan selama 24 jam lalu.
Bumi Iraq telah diserang ISIS pada bulan lalu dan beberapa kawasan Utara dan Barat negara ini jatuh pengganas tersebut. Serangan ganas ISIS dan kemaraannya hingga ke wilayah kekuasaan Kurdistan mendorong kuasa besar dunia membentuk pakatan antarabangsa untuk melancarkan serangan udara yang menjadikan kedudukan pengganas di Syria dan Iraq sebagai sasaran.











