Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Panglima Umum Tentera Pasdaran, Muhammad Ali Jafari berkata, "Tatkala ISIS mula melancarkan keganasan di Iraq, tidak ada negara seperti Iran yang bergegas membantu bangsa Iraq untuk membasmi ISIS."
Beliau berkata demikian dalam ucapan di Kompleks Kebudayaan Pendidikan Imam Ridha (a.s) di hadapan Komuniti Relawan Wanita sambil menerangkan bahawa askar dan relawan merupakan dua simbol suci. "Kedua-dua simbol suci ini diwujudkan pada hari yang sama kemenangan Revolusi Islam dengan inisiatif Imam Khomeini."
Beliau menganggap falsafah kewujudan tentera adalah menjaga Revolusi Islam dari segenap segi dan menambah, "Hari ini teman dan lawan mengakui, sekiranya tentera tidak wujud, tidak diketahui apakah nasib yang akan menimpa Revolusi Islam."
"Kita sebagai tentera pengawal, hendalah bersyukur kepada Allah kerana atas taufiq-Nya, kita dapat berbakti dan menjaga Revolusi Islam. Namun perkata penting yang perlu diterapkan dalam peranan pengawal ialah sebagaimana yang dikatakan oleh Pemimpin Tertinggi, iaitu kita mengawal tepat pada masanya dan secara telus," tutur beliau.
Beliau menerangkan tugas Pengawal Revolusi pada mulanya ialah mengenal revolusi dengan baik dan menambah, "Revolusi Islam Iran merupakan satu gerakan yang tiada tandingan, berkesinambungan, amat mendalam, berkualiti tinggi dan berasal dari sumber-sumber agama di dalam sempadan yang berkembang dengan pesat. Ini semua adalah berkat darah para syuhada revolusi dan lapan tahun Defa Moghaddas (perang Iran- Saddam)."
Selain itu, beliau menyifatkan fitnah tahun 2009-2010 (gelombang hijau) sebagai membantu meluaskan Revolusi Islam dan berkata, "Fitnah Amerika dan Israel ini merupakan bahaya besar bagi revolusi. Namun seperti biasa anak bangsa sedar dan peka dengan menghadirkan diri sebagai reaksi terhadap musuh pada 9 haribulan Dei (30 Disember 2009) sambil mengeluarkan pesanan terhadap penentang di dalam dan luar negara."
"Hanya Iran sahaja yang membantu dan mempertahankan negara-negara Islam. Di zaman ISIS muncul di Iraq, tidak ada negara yang membantu membasminya, namun Iran segera bergegas membantu bangsa Iraq sehingga menganga kehairanan. Dari sini ISIS sudah tewas dengan segala rancangan-rancangannya selama beberapa tahun.
"Konsistennya Revolusi Islam disebabkan keteguhan rakyat dan umat Islam terhadap pemimpin Revolusi Islam sehinggakan perkara penting ini mempunyai kedudukan di sisi Allah yang mana dengan bantuanNya merupakan bantuan terhadap revolusi ini," jelasnya.
Panglima Umum Tentera Pasdaran ini menerangkan berkat revolusi Islam dan darah syuhada, keamanan dapat mendominasi negara, "Dalam menghadapi serangan musuh, serangan fizikal dan rejim penceroboh, kita telah memberikan sebaik-baik jawapan."
14 Februari 2015 - 20:13
News ID: 671108
Iran satu-satunya negara yang bergegas membantu Iraq membasmi ISIS