25 April 2015 - 02:56
Pencerobohan Arab Saudi gagal secara hina

Hujjatul Islam Wal Muslimin Sadeghi menjelaskan Yaman sebagai negara yang tidak tunduk di bawah kuasa dominasi terpaksa berada di bawah serangan bom.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Khatib solat Jumaat di Tehran berkata, "Tidak ada sesiapapun yang dapat menduga bahawa Yaman, sebuah negara yang fakir berada pada sebuah jalan yang mana presidennya meninggalkan lapangan dan melarikan diri. Rakyat di negara ini dapat bersatu dan meraih kemerdekaan dan kebebasan yang menakjubkan.

"Apa yang kita lihat di Yaman, dengan akidah Islam, agama dan ilham, ianya berasal dari gerakan revolusi Islam Iran.

"Arab Saudi tidak memperdulikan perjanjian antarabangsa dan hak legitimasi, dengan petunjuk Amerika, menjadi ganas dalam peristiwa ini. Dalam pencerobohan terang-terangan terhadap rakyat, mereka menyerang tanpa ada sedikitpun rasa jenayah dan segan kepada negara-negara jirannya, sementara itu sebuah bangsa yang kesalahannya hanyalah tidak mahu berada di bawah kuasa dominasi terpaksa berada di bawah bom-bom pemusnah," jelas Hujjatul Islam Wal Muslimin Sadeghi dalam khutbah tersebut.

Sambil menegaskan bahawa pasukan perunding nuklear perlu memberikan fokus terhadap kembimbangan yang diaju oleh Ayatullah Khamenei, Sadeghi berkata, "Amaran-amaran rahbar (pemimpin tertinggi) juga merupakan sokongan bermakna dan berasaskan pengalaman-pengalaman realiti dalam pandangan jauh ke masa hadapan."

Mengulas tentang perundingan yang sedang berlangsung dengan pihak yang sering diungkap Iran sebagai musuh, beliau berkata, "Pihak lawan yang berhadapan dengan Iran merupakan negara yang realitinya diasaskan demikian rupa sehingga hari ini tidak ada bangsa yang layan dengan belas kasihan, semua kelunakan mereka adalah taktik dan negara-negara ini adalah haiwan buas yang tidak mahir, mereka menggunakan bom atom ke atas bangsa lain. Oleh itu perunding kita hendaklah sedar bahawa dengan siapa yang sedang mereka langsungkan rundingan sementara itu apakah rekod yang dimiliki pihak lawannya... Anggota pasukan perunding kita tidak boleh lalai dengan senyuman-senyuman dan bicara disudut penjuru mereka."