Agensi Berita AHlul Bait (ABNA24) - Seorang pegawai polis dilaporkan terbunuh manakala 16 orang lagi dilaporkan cedera dalam sebuah insiden letupan bom kereta di bandar Bingol yang terletak di Turki.
Menurut agensi berita Anadolu, letupan itu berlaku apabila sebuah kereta polis dilaporkan dipandu berdekatan dengan kereta tersebut. Para militan daripada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) disyaki terlibat di dalam insiden pengeboman tersebut. Ankara selama ini menganggap parti itu sebagai sebuah organisasi pengganas.
Menurut laporan juga, sebuah operasi untuk membasmi para militan yang terlibat di dalam insiden itu telah dilancarkan di wilayah tersebut.
Ketegangan di antara Ankara dan PKK memuncak sejak Julai 2015 apabila gencatan senjata yang sebelumnya tamat kerana beberapa siri serangan pengganas yang didakwa dilancarkan oleh PKK.
Menurut laporan juga, sebuah operasi untuk membasmi para militan yang terlibat di dalam insiden itu telah dilancarkan di wilayah
Letupan Bom Kereta Gegarkan Turki.
24 Oktober 2016 - 08:42
News ID: 787457
Seorang pegawai polis dilaporkan terbunuh manakala 16 orang lagi dilaporkan cedera dalam sebuah insiden letupan bom kereta di bandar Bingol yang terletak di Turki.