20 November 2016 - 07:20
Rakyat Iran Penuhi Jalan Raya Dan Pusat Keagamaan Dalam Rangka Memperingati Arbain.

Rakyat Iran daripada pelbagai kelas usia telah turun ke jalan-jalan raya dan memenuhi pusat-pusat keagamaan di seluruh negara itu untuk memperingati ulang tahun hari ke-40 selepas Imam Hussein disyahidkan di Karbala.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rakyat Iran daripada pelbagai kelas usia telah turun ke jalan-jalan raya dan memenuhi pusat-pusat keagamaan di seluruh negara itu untuk memperingati ulang tahun hari ke-40 selepas Imam Hussein disyahidkan di Karbala. Imam Hussein merupakan cucunda Nabi S.A.A.W dan Imam ke-3 penganut mazhab Syiah.

Majlis peringatan itu dinamakan Arbain di dalam kalendar Islam yang merupakan hari ke-40 selepas 10 Muharram. 10 Muharram adalah hari di mana tentera Yazid yang merupakan pemerintah bani Umayyah menyerang rombongan Imam Hussein di Karbala sekaligus mensyahidkan beliau di dalam keadaan yang penuh tragis.

Peristiwa tersebut telah menggoyahkan pemerintahan Umayyah yang terpaksa menghadapi beberapa pemberontakan dalaman berikutan tindakan ganas mereka terhadap cucunda Nabi Muhammad S.A.A.W.

Kini jutaan manusia sedang menuju dan berkumpul di Karbala, Iraq dalam rangka memperingati hari tersebut sekaligus menjadikan perarakan Arbain sebagai salah satu perarakan keagamaan terbesar di dunia.