Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Angkatan tentera Turki mengesahkan bahawa 13 anggotanya maut manakala 55 lagi cedera di dalam sebuah serangan bom kereta ke atas sebuah bas tentera di Bandar Kayseri pada hari ini.
Menurut Presiden Turki, Recep Tayypi Erdogan, Parti Pekerja Kurdistan (PKK) bertanggungjawab ke atas serangan tersebut. Beliau turut menambah dengan mengatakan bahawa Turki akan meneruskan peperangannya ke atas keganasan.
"Puak pemisah (PKK) bertanggungjawab ke atas serangan ini. Mereka menggunakan setiap peluang yang ada. Serangan pengganas ini mempunyai hubung kait dengan peristiwa yang berlaku di Syria dan Iraq. Turki berhadapan dengan serangan bersama daripada beberapa buah kumpulan pengganas," kata Erdogan.
Perdana Menteri Turki, Binali Yildrim pula berkata bahawa serangan itu dilancarkan dengan menggunakan bom kereta.
17 Disember 2016 - 12:00
News ID: 798802
Angkatan tentera Turki mengesahkan bahawa 13 anggotanya maut manakala 55 lagi cedera di dalam sebuah serangan bom kereta ke atas sebuah bas tentera di Bandar Kayseri pada hari ini.