Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ulama tertinggi Arab Saudi telah mengecam tindakan kerajaan yang merancang untuk membuka panggung wayang serta menganjurkan konsert di negara monarki mutlak itu.
Di dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan di dalam laman sesawangnya, Mufti Besar Syeikh Abdulaziz Al ash-Sheikh berkata bahawa pembukaan panggung wayang akan menyebabkan tertularnya masalah moral di negara Arab Saudi.
"Saya berharap mereka yang bertugas di Pihak Berkuasa Hiburan mendapat hidayah untuk menukarkannya {keputusan} daripada buruk kepada sesuatu yang baik dan tidak membuka pintu kepada kejahatan," kata Al ash-Sheikh di dalam sebuah program TV mingguannya. "Panggung wayang mungkin menyiarkan filem-filem yang memalukan, tidak bermoral, ateistik ataupaun filem yang buruk," tambah beliau.
Al ash-Sheikh juga berkata bahawa tindakan menganjurkan konsert juga akan menggalakkan percampuran di antara jantina.
"Tiada apa yang baik di dalam (penganjuran) majlis nyanyian untuk tujuan hiburan di siang hari atau malam dan pembukaan panggung wayang sepanjang masa turut mempelawa (rakyat) kepada percampuran jantina," katanya.
14 Januari 2017 - 19:05
News ID: 804923
Ulama tertinggi Arab Saudi telah mengecam tindakan kerajaan yang merancang untuk membuka panggung wayang serta menganjurkan konsert di negara monarki mutlak itu.