5 Februari 2017 - 18:59
Pihak Berkuasa Turki Tahan 400 Suspek Daesh

Kerajaan Turki berkata bahawa pihak polis negara itu telah menahan 400 orang suspek yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Takfiri Daesh di seluruh negara tersebut termasuk di Ankara sendiri.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Turki berkata bahawa pihak polis negara itu telah menahan 400 orang suspek yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Takfiri Daesh di seluruh negara tersebut termasuk di Ankara sendiri.

Polis anti-keganasan telah menahan 60 orang suspek yang diysaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Daesh di Ankara pada awal hari Ahad. Perkara itu dilaporkan oleh agensi berita Anadolu yang menukilkan kenyataan seorang sumber daripada pihak keselamatan.

Para suspek yang kebanyakannya terdiri daripada warga negara asing dilaporkan ditahan di dalam serbuan serentak di beberapa buah daerahyang terletak ibu negara Turki itu.

Sekitar 150 orang suspek pula ditahan di Sanliurfa dan puluhan yang lain ditahan di wilayah seperti Bursa dan Bingol.

Pada malam tahun baru yang lepas, seorang lelaki yang bersenjata telah melepaskan tembakan di dalam sebuah kelab malam yang terletak di Istabnbul sekaligus membunuh 39 orang pengunjung kelab tersebut. Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.