Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Yaman membuat pengumuman bahawa mereka telah berjaya melancarkan serangan yang pertama ke atas ibu kota Arab Saudi pada hari Ahad.
Di dalam kenyataan itu, mereka mendakwa bahawa sebuah peluru berpandu telah dilancarkan ke arah sebuah pangkalan tentera Arab Saudi yang terletak di kawasan timur bandar Riyadh. Serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas kepada pengeboman berterusan oleh tentera pakatan tajaan Arab Saudi ke atas negara Yaman.
Mereka turut menegaskan bahawa serangan itu menunjukkan bahawa Riyadh berada di dalam jangkauan peluru berpandu milik Yaman.
Pihak berkuasa Arab Saudi masih berlum membuat sebarang pengumuman berikutan laporan tersebut. Akan tetapi warga tempatan telah mula menulis berkaitan dengan sebuah peluru berpandu yang mengenai kem tentera tersebut di dalam akaun Twitter mereka.
Salah seorang daripada pengasas kepada pertubuhan Mona Relief, sebuah badan kebajikan Yaman, Dr. RS Karim memberitahu bahawa kenalannya di Riyadh telah memaklumkannya bahawa situasi darurat telahpun diisytiharkan di bandar itu.
Arab Saudi melancarkan kempen berdarah mereka ke atas Yaman pada Mac 2015 sebagai usaha untuk mengembalikan kuasa kepada bekas Presiden Rabbuh Mansur Hadi yang kini berada di dalam pelarian.
Kempen ganas Arab Saudi setakat ini telah mengorbankan 11400 warga awam.
/315