Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat (AS) mula melakukan rondaan di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian multilateral di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat dengan China.
Tentera Laut AS mengesahkan perkara itu termasuk USS Carl Vinson sudah memulakan operasi rutin di perairan tersebut, kelmarin.
Komander pasukan itu, Laksamana James Kilby dalam satu kenyataan menyatakan, latihan selama beberapa minggu di Pasifik meningkatkan keberkesanan dan kesediaan mereka.
"Kami tidak sabar untuk menunjukkan keupayaan sambil membina hubungan kukuh dengan sekutu sedia ada di rantau tersebut," katanya.
Rabu lalu, Kementerian Luar di Beijing memberi amaran keras kepada Washington terhadap sebarang langkah yang mencabar kedaulatannya di Laut China Selatan.
Pergeseran antara AS dan China berhubung isu perdagangan dan wilayah yang dibangkitkan Presiden Donald Trump sebelum ini, meningkatkan kebimbangan ia bakal mencetuskan konflik baharu di perairan yang menjadi pertikaian maritim itu. - Reuters
20 Februari 2017 - 15:12
News ID: 812953
Kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat (AS) mula melakukan rondaan di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian multilateral di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat dengan China.