6 Mac 2017 - 14:33
Indonesia Rancang TIngkatkan Import LPG Dari Iran

Indonesia dijangka akan meningkatkan import gas petroleum cecair (LPG) dari negara Iran. Perkara itu dinyatakan oleh Wiratmaja Puja, Ketua Pengarah bahagian minyak dan gas di Kementerian Sumber Tenaga dan Mineral negara Asia Tenggara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Indonesia dijangka akan meningkatkan import gas petroleum cecair (LPG) dari negara Iran. Perkara itu dinyatakan oleh Wiratmaja Puja, Ketua Pengarah bahagian minyak dan gas di Kementerian Sumber Tenaga dan Mineral negara Asia Tenggara itu.

"Kami berhasrat untuk meningkatkan jumlah import LPG dari Iran. Jikalau boleh pada harga yang didiskaunkan," kata Wiratmaja Puja.

Media Indonesia berkata bahawa kerajaan telahpun menimbangkan perkara itu sejak lawatan Menteri Ekonomi Indonesia, Darmin Nasution ke Iran pada bulan Februari lepas.

Wiratmaja Puja juga berkata bahawa Indonesia berhasrat untuk menggandakan import LPG Iran daripada angka 500,000 tan kepada 1 juta tan.

Walau bagaimanapun, sebarang persetujuan bergantung kepada kefleksibelan Iran di dalam menetapkan harga seperti yang diminta oleh syarikat minyak dan gas milik negara, Pertamina, kata Wiratmaja Puja.

"Berhubung jumlah diskaun, biarlah Pertamina yang menjelaskannya. Saya tidak memiliki kapasiti untuk menjawab pertanyaan itu," katanya.

Wiratmaja turut mengesahkan bahawa peningkatan import LPG Iran akan memberikan kesan ke atas jumlah import LPG dari negara-negara lain termasuklah Arab Saudi.

Kementerian itu berkata bahawa Aramco telahpun dimaklumkan berhubung keputusan itu keitka lawatan Raja Salman ke Indonesia.

Wiratmaja walau bagaimanapun enggan mengulas berkaitan tindak balas Aramco berhubung risiko penurunan import LPG Indonesia dari Arab Saudi.

/315