Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pelakon veteran Amerika Syarikat (AS), Richard Gere membidas Israel membabitkan isu penempatan haram di wilayah yang bakal menjadi negara Palestin.
Bintang filem 'Pretty Woman' itu berkunjung ke Baitulmaqdis untuk tayangan pertama sebuah filem baharu pengarah dan penulis skrip Israel, Joseph Cedar. Gere berlakon dalam filem itu.
Sebuah artikel dalam akhbar Haaretz, hari ini memetik aktor itu sebagai berkata, penempatan seperti ini adalah provokasi tidak masuk akal dan pastinya bukan rancangan seseorang yang mahukan proses damai sebenar.
Sebahagian besar komuniti antarabangsa melihat penempatan itu sebagai halangan kepada penubuhan negara Palestin bersebelahan wilayah Israel yang ditawan dalam perang 1967. Israel berkata, isu penempatan bersama beberapa isu penting lain patut diselesaikan dalam rundingan damai. - AP
12 Mac 2017 - 14:07
News ID: 817258
Pelakon veteran Amerika Syarikat (AS), Richard Gere membidas Israel membabitkan isu penempatan haram di wilayah yang bakal menjadi negara Palestin.