Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman, mengancam memusnahkan sistem pertahanan udara Syria selepas ia melancarkan peluru berpandu ke arah pesawat tempur Israel.
"Lain kali, jika Syria menggunakan sistem pertahanan udara mereka terhadap pesawat kami, kami akan memusnahkan ia tanpa ragu-ragu," kata Lieberman kepada radio Israel.
Pesawat Israel menyerang beberapa sasaran di Syria pada Jumaat, dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata, serangan itu menyasarkan senjata yang dibekalkan kepada pergerakan Hizbullah.
Tentera Syria berkata, ia menembak jatuh satu daripada pesawat Israel dan terkena satu lagi ketika ia melancarkan serangan berhampiran bandar raya Palmyra, yang ditawan daripada militan bulan ini.
Tentera Israel menafikan sebarang pesawatnya ditembak. Kenyataan tentera Israel menyebut, beberapa peluru berpandu antipesawat dibedil berikutan serangan tetapi tiada yang menepati sasaran.
Satu peluru berpandu dipintas sistem pertahanan udara Arrow Israel, lapor media. - AFP
19 Mac 2017 - 14:48
News ID: 818743
Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman, mengancam memusnahkan sistem pertahanan udara Syria selepas ia melancarkan peluru berpandu ke arah pesawat tempur Israel.