Draf yang dirangka oleh delegasi Palestin itu, mendapat kelulusan Menteri Luar Arab pada mesyuarat sidang kemuncak yang berlangsung di sebuah resort Sweimeh, berhampiran Laut Mati, Jordan.
Menurut draf itu, semua negara anggota Liga Arab mengesahkan komitmen dengan penyelesaian dua negara dan hak negara Palestin untuk mengembalikan kedaulatan ke atas wilayah yang diduduki pada 1967, termasuk timur Baitulmaqdis.
Ia turut meminta semua negara supaya menghormati resolusi Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menolak pencerobohan Israel ke atas timur Baitulmaqdis dan tidak memindahkan kedutaan mereka dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Presiden Palestin, Mahmud Abbas dijangka menghadiri sidang kemuncak, esok bersama lain-lain pemimpin negara Arab. Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Trump bulan depan di Rumah Putih. -AFP
28 Mac 2017 - 15:08
News ID: 820512
Persidangan Arab bakal mengeluarkan draf kenyataan esok, bagi membantah rancangan Presiden Donald Trump memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Israel ke Baitulmaqdis.