13 April 2017 - 17:55
18 Pejuang Syria Pro AS Maut

Seramai 18 anggota Angkatan Demokratik Syria terkorban di selatan kota Tabqa Syria Selasa lalu, selepas tentera udara pakatan diterajui AS tersilap membedil kedudukan yang disangka kubu militan Daesh, kata Pentagon hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seramai 18 anggota Angkatan Demokratik Syria terkorban di selatan kota Tabqa Syria Selasa lalu, selepas tentera udara pakatan diterajui AS tersilap membedil kedudukan yang disangka kubu militan Daesh, kata Pentagon hari ini.

"Serangan itu diminta pasukan yang bekerjasama, yang sudah mengenal pasti lokasi sasaran sebagai kedudukan pertempuran Daesh, " katanya dalam satu kenyataan.

"Lokasi sasaran sebenarnya adalah kedudukan pertempuran barisan hadapan Angkatan Demokratik Syria." - Reuters