6 Mei 2017 - 17:03
Daesh Adalah Produk A.S: Hamid Karzai

Bekas Presiden Afghanistan, Hamid Karzai menganggap Amerika Syarikat bertanggungjawab ke atas kewujudan kumpulan pengganas Takfiri Daesh di negaranya sambil menuduh Washington bersubahat dengan kumpulan pengganas kejam yang telah dicipta oleh mereka sendiri.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bekas Presiden Afghanistan, Hamid Karzai menganggap Amerika Syarikat bertanggungjawab ke atas kewujudan kumpulan pengganas Takfiri Daesh di negaranya sambil menuduh Washington bersubahat dengan kumpulan pengganas kejam yang telah dicipta oleh mereka sendiri.

"Daesh adalah produk A.S," kata Karzai di dalam sebuah temu ramah eksklusif dengan Fox News yang disiarkan pada awal minggu ini. "Daesh -yang secara jelas merupakan sebuah kumpulan asing- muncull pada tahun 2015 ketika kehadiran tentera A.S di (Afghanistan)," katanya.

Menurut bekas pemimpin Afghanistan itu, beliau kerap menerima laporan bahawa helikopter tidak bertanda secara terus-menerus menjatuhkan bekalan kepada kumpulan militan Daesh yang aktif di sempadan Afghanistan-Pakistan sambil berkata bahawa Washington "perlu menjelaskan perkara ini."

Karzai turut menambah dengan mengatakan bahawa pengeboman A.S dengan menggunakan bom mega baru-baru ini di wilayah Nangarhar turut dilancarkan Washington dengan "koordinasi" bersama Daesh.

Karzai yang pernah menjawat jawatan presiden negara itu dari tahun 2004 hingga 2014 berkata bahawa "(Kumpulan) Daesh telahpun mengosongkan (kawasan itu dengan membawa keluar para militan dan ahli keluarga mereka sebelum pengeboman itu dibuat) sekaligus menunjukkan serangan itu telah dikoordinasi (di antara kedua-dua pihak). Kumpulan ini adalah perkakasan A.S."

Bekas sekutu Washington itu turut mengatakan bahawa Washington cuma "mahu menguji barang permainan mereka di muka bumi Afghanistan." -ABNA24

/315