Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pilihan raya umum Britain bermula sebentar tadi dengan Perdana Menteri, Theresa May, dijangka menang mudah.
Namun, keputusan kini sukar diramal selepas kempen pilihan raya dibayangi keganasan.
Kira-kira 40,000 pusat mengundi di seluruh Britain dibuka pada jam 7 pagi (0600 GMT) dan akan ditutup pada jam 10 malam.
Pengundi akan memilih antara May dan pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn, yang menyaksikan jurang sokongan terhadap beliau semakin mengecil sejak beberapa minggu lalu.
Pada pilihan raya umum kali ini, 46.9 juta pengundi juga akan memilih 650 wakil rakyat Westminster. - Agensi
8 Jun 2017 - 07:31
News ID: 835104
Pilihan raya umum Britain bermula sebentar tadi dengan Perdana Menteri, Theresa May, dijangka menang mudah.