Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Parti Patriotik Turki, Dogu Perincek berkata bahawa rejim Zionis sedang merancang untuk mencipta wilayah yang dipanggil sebagai Kurdistan besar di rantau Timur Tengah.
Perincek membuat kenyataan itu pada hari Isnin di dalam pertemuan dengan pegawai kanan Iran, Ali Akbar Velayati.
Beliau yang menyampaikan salamnya kepada Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, Ayatullah Syed Ali Khamenei turut berkata bahawa Iran, Turki dan negara Asia Barat sedang berhadapan dengan perkembangan yang kompleks serta rumit di rantau tersebut.
Di sebalik langkah yang diambil oleh rejim Zionis, saudara Kurdis kami tidak akan memainkan sebarang peranan di dalam plot ini, kata beliau.
Beliau menambah dengan mengatakan bahawa Amerika Syarikat dan rejim Tel Aviv sedang sibuk mengancam integriti wilayah negara-negara serantau melalui plot mereka di Timur Tengah.
Menurut beliau, Projek Kurdistan Besar tidak mempunyai sebarang kaitan dengan masyarakat Kurdis itu sendiri. Akan tetapi, perkara itu adalah sebuah "senjata" yang akan digunakan oleh A.S dan Israel untuk menjaga kepentingan mereka semata-mata.
Ancaman rejim Israel dan Amerika Syarikat akan membawa kita lebih dekat di antara satu sama lain dan kami yakin bahawa Iran mempunyai kepercayaan ke atas saudara Turki mereka, katanya lagi. -ABNA24
/315
10 Julai 2017 - 14:30
News ID: 841567
Presiden Parti Patriotik Turki, Dogu Perincek berkata bahawa rejim Zionis sedang merancang untuk mencipta wilayah yang dipanggil sebagai Kurdistan besar di rantau Timur Tengah.