Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Myanmar memindahkan sekurang-kurangnya 4,000 penduduk bukan Islam susulan pertempuran berterusan di negeri Rakhine manakala ribuan etnik Islam Rohingya melarikan diri menyeberangi sempadan ke Bangladesh.
Angka kematian akibat keganasan yang meletus kemarin dengan serangan terancang pemberontak Rohingya meningkat kepada 98, termasuk 12 anggota keselamatan.
Pertempuran itu, yang terburuk sejak Oktober lalu, memaksa kerajaan memindahkan kakitangan dan penduduk kampung bukan Islam dari kawasan itu.
Pertempuran membabitkan tentera dan ratusan etnik Rohingya di seluruh Rakhine berterusan hingga semalam dengan yang paling sengit berlaku di pinggir bandar Maungdaw, menurut penduduk dan kerajaan.
Ia menandakan peningkatan dramatik konflik yang berlaku sejak Oktober lalu, apabila serangan serupa tetapi pada skala lebih kecil dilakukan pemberontak Rohingya memaksa operasi zalim tentera dengan dakwaan pencabulan hak asasi manusia yang serius.
Layanan ke atas 1.1 juta penduduk Islam Rohingya di Myanmar menjadi cabaran terbesar bagi Ketua Umum negara itu, Aung San Suu Kyi.
Kemarin, Suu Kyi menyelar serangan dilakukan pemberontak ke atas 30 balai polis dan pangkalan tentera.- Reuters
28 Ogos 2017 - 14:10
News ID: 850973
Kerajaan Myanmar memindahkan sekurang-kurangnya 4,000 penduduk bukan Islam susulan pertempuran berterusan di negeri Rakhine manakala ribuan etnik Islam Rohingya melarikan diri menyeberangi sempadan ke Bangladesh.