24 September 2017 - 04:21
Syria Tentang Referendum Pemisahan Kurdisrtan Dari Iraq

Menteri Luar Negeri Syria, Walid al-Mouallem menegaskan bahawa Damsyik menentang referendum pemisahan wilayah Kurdistan daripada negara Iraq.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Negeri Syria, Walid al-Mouallem menegaskan bahawa Damsyik menentang referendum pemisahan wilayah Kurdistan daripada negara Iraq.

IRNA yang menukilkan laporan televisyen al-Mayadeen melaporkan bahawa Walid al-Mouallem di dalam sebuah pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Iraq, Ibrahim al-Jaafari di luar Perhimpunan Agunng PBB yang berlangsung di kota New York menjelaskan tentang pendirian Damysik berhubung referendum di wilayah Kurdistan itu.

Al-Mouallem di pertemuan tersebut turut mengundang al-Jaafari untuk melawat Damsyik sambil menganggap bahawa pertemuan tersebut sebagai sebuah peluang untuk membuka dimensi baharu di dalam hubungan dua hala kedua-dua negara Arab itu.

Kedua-dua pihak di dalam pertemuan tersebut juga menekankan  perihal pentingnya kerjasama kolektif dan koordinasi jitu di pelbagai lapangan di antara Baghdad dan Damsyik khususnya di dalam operasi anti-keganasan mereka.

Menteri Luar Iran, Turki dan Iraq pada hari Khamis membuat kesimpulan bahawa referendum pemisahan di Kurdistan sama sekali tidak akan menguntungkan wilayah itu sendiri.

Pentadbiran Baghdad juga berkali-kali mengingatkan Masoud Barzani, pemimpin Kurdistan bahwa penganjuran referendum tersebut merupakan tindakan yang tidak sah daripada aspek perundangan dan pelan tersebut perlu dibatalkan buat selama-lamanya. -ABNA24

/315