28 November 2017 - 17:13
Lubnan Sasaran Terkini Rejim Riyadh: Qatar

Menteri Luar Qatar, Mohammed bin Abdulrahman Al Thani berkata bahawa Lubnan adalah sasaran terkini kempen ugutan Arab Saudi sambil menekankan bahawa rejim Riyadh adalah "pembuli" yang mendatangkan risiko kepada kestabilan dan keamanan di rantau Timur Tengah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menteri Luar Qatar, Mohammed bin Abdulrahman Al Thani berkata bahawa Lubnan adalah sasaran terkini kempen ugutan Arab Saudi sambil menekankan bahawa rejim Riyadh adalah "pembuli" yang mendatangkan risiko kepada kestabilan dan keamanan di rantau Timur Tengah.

Bercakap di dalam sebuah persidangan di London, ketua diplomat Qatar itu berkata bahawa Arab Saudi telah memaksa Perdana Menteri Lubnan, Saad al-Hariri untuk meletakkan jawatan beliau ketika ahli politik Lubnan itu berada di Riyadh.

"Lubnan adalah sebuah negara yang rapuh dan tindakan memaksa perdana menterinya untuk meletakkan jawatan merupakan sebuah polisi yang tidak membina dan secara langsung mewujudkan kevakuman kuasa -yang sangat sensitif bagi setiap pihak-," kata beliau.

"(Senario) ini adalah tindakan sebuah negara besar membuli sebuah negara kecil - kita sudah melihatnya di Qatar dan sekarang kita sedang melihatnya berulang di Lubnan," tambahnya.

"Syukur kepada Tuhan bahawa wujud sekutu yang berusaha mengekang situasi tersebut sebelum ia menjadi lebih buruk..., Jika perkara itu tidak dibendung dari awal, pasti impaknya akan menjadi sangat buruk," katanya lagi.

Hariri tiba di Beirut pada 21 November iaitu lebih daripada dua minggu sejak beliau mengumumkan peletakkan jawatannya di Arab Saudi. Setiap parti politik di Lubnan sebelum ini memanggilnya untuk pulang ke negara itu.

Beberapa orang pegawai kanan dan ahli politi berpengalaman Lubnan yang rapat dengan Hariri sebelum ini turut berkata bahawa Perdana Menteri Lubnan itu telah dipaksa untuk meletakkan jawatan beliau dan mereka turut mendakwa bahawa rejim Riyadh telah menahannya.

Presiden Lubnan, Michel Aoun turut enggan menerima peletakkan jawatan Hariri. -ABNA24

/315