30 November 2017 - 11:54
Putera Arab Saudi Dibebaskan Selepas Setuju Untuk Bayar Sebanyak USD 1 Bilion

Seorang Putera Arab Saudi bernama Miteb Bin Abdullah yang pernah dilihat sebagai pencabar kepada takhta kerajaan monarki itu telah dibebaskan selepas mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa untuk membayar sebanyak USD 1 bilion kepada mereka, kata seorang pegawai Riyadh pada hari Rabu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang Putera Arab Saudi bernama Miteb Bin Abdullah yang pernah dilihat sebagai pencabar kepada takhta kerajaan monarki itu telah dibebaskan selepas mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa untuk membayar sebanyak USD 1 bilion kepada mereka, kata seorang pegawai Riyadh pada hari Rabu.

Miteb, 65 tahun yang merupakan putera kepada al-Marhum Raja Abdullah dan bekas ketua kepada Pengawai Kebangsaan negara itu adalah salah seorang daripada puluhan ahli keluarga diraja Arab Saudi yang ditahan di dalam sebuah operasi yang didakwa Riyadh dilancarkan untuk membasmi korupsi di negara Arab itu. Akan tetapi, ramai pihak memberi telahan bahawa penahanan itu dibuat sebagai salah sebuah usaha Putera Mahkota Mohammed Bin Salman untuk memperkukuhkan pegangannya di Arab Saudi.

Pegawai yang terlibat di dalam apa yang dipanggil sebagai kempen anti-korupsi itu berkata bahawa Miteb dibebaskan pada hari Selasa selepas kedua-dua pihak mencapai sebuah kesepakatan. Jumlah yang dibayar Miteb tidak dinyatakan. Akan tetapi, pegawai itu berkata bahawa nilai yang terlibat dipercayai melebihi USD 1 bilion.

"Turut diketahui adalah kesepakatan itu merangkumi kenyataan mengaku salah (Miteb) ke atas beberapa kes korupsi yang dinyatakan," kata pegawai itu.

Menurut pegawai tersebut, Putera Miteb dituduh melakukan penyelewengan, mengupah pekerja 'hantu' dan menganugerahkan kontrak kepada firmanya sendiri termasuk perjanjian bernilai USD 10 bilion untuk membekalkan alat komunikasi dan peralatan kalis peluru yang bernilai beberapa bilion Riyal. -ABNA24

315