Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rejim Israel 'berhubung' dengan kira-kira 10 negara yang menyatakan kesediaan mengikut jejak langkah kontroversi Amerika Syarikat (AS) memindahkan kedutaan mereka dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
"Kami menghubungi negara terbabit sebahagiannya di Eropah bagi membincangkan langkah pemindahan ," kata Timbalan Menteri Luar, Tzipi Hotovely kepada radio awam, kelmarin.
Beliau mengeluarkan kenyataan itu sehari selepas Guatemala memaklumkan akan memindahkan kedutaan mereka ke Kota Lama yang dibantah keras Palestin dan disifatkan sebagai 'tindakan memalukan' dan melanggar undang-undang.
"Keputusan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel akan mencetuskan 'gelombang' pemindahan kedutaan ke Kota Lama tersebut. Ia baru bermula," ujarnya yang tidak menamakan negara terbabit.
Radio awam Israel memetik sumber diplomatik Israel bagaimanapun mendedahkan negara terlibat yang mempertimbangkan langkah itu adalah Honduras, Filipina, Romania dan Sudan Selatan.
Khamis lalu, dua pertiga negara anggota PBB menyokong resolusi yang menolak langkah unilateral Trump dan menegaskan status Baitulmaqdis perlu diselesaikan melalui rundingan.
Hanya sembilan negara termasuk Amerika Tengah berpendirian sama dengan Washington menolak resolusi itu. Beberapa negara terutamaAmerika Latin menempatkan misi diplomatik di kota suci itu hingga resolusi Majlis Keselamatan PBB 1980 yang mengutuk rancangan jahat Israel mengubah 'karakter dan status' Baitulmaqdis yang didakwa sebagai penghalang keamanan. - Agensi
27 Disember 2017 - 18:15
News ID: 874531
Rejim Israel 'berhubung' dengan kira-kira 10 negara yang menyatakan kesediaan mengikut jejak langkah kontroversi Amerika Syarikat (AS) memindahkan kedutaan mereka dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.