Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pesawat perang Israel dilaporkan melakukan beberapa serangan udara di Genting Gaza beberapa jam selepas kereta kebalnya menyasarkan kedudukan pergerakan pejuang Hamas Palestin.
Ketika serangan semalam, sebuah kilang dan beberapa bangunan milik Hamas menjadi sasaran rejim Tel Aviv.
Tiada laporan kematian diterima setakat ini.
Tentera Israel mendakwa serangan dilakukan sebagai tindak balas terhadap satu letupan di pagar sempadan.
Terdahulu, seorang lelaki Palestin mengalami kecederaan selepas kereta kebal milik Israel menyasarkan bahagian timur Genting Gaza.
Sementara itu, agensi berita Palestine al-Yawm melaporkan tiga serangan dilakukan ke atas pos pemerhatian milik gerakan Hamas Palestin di timur al-Shujaya di Kota Gaza, insiden mencederakan seorang penduduk awam yang dikejarkan ke hospital al-Shifa untuk menerima rawatan.
Pencerobohan tentera yang berakhir pada 26 Ogos 2014 telah membunuh hampir 2,200 orang Palestin manakala 11,100 yang lain cedera.
Genting Gaza telah berada di bawah kepungan Israel sejak Jun 2007, mengakibatkan penurunan taraf hidup serta peningkatan pengangguran dan kemiskinan yang semakin meruncing.
Rejim Israel mencabul hak asasi kira-kira 1.8 juta orang di Gaza dengan menyekat kebebasan bergerak, peluang pekerjaan serta penjagaan kesihatan dan pendidikan. - Press TV
18 Mac 2018 - 18:31
News ID: 886186
Pesawat perang Israel dilaporkan melakukan beberapa serangan udara di Genting Gaza beberapa jam selepas kereta kebalnya menyasarkan kedudukan pergerakan pejuang Hamas Palestin.