Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Suruhanjaya pilihan raya Iraq telah mengumumkan bahawa pakatan politik Sa'iroun yang merupakan perkumpulan ulama Moqtada al-Sadr dengan pihak komunis, sebagai pemenang di dalam piliha raya parlimen negara Arab itu.
Perikatan Sadr yang buat kali pertama bertanding dalam pilihan raya Iraq pada tahun ini berjaya merampas 54 buah kerusi parlimen, kata suruhanjaya itu pada hari Sabtu.
Pergerakan Sadr membentuk tulang belakang persekutuan Sa'iroun, tetapi ulama kanan Syiah itu sendiri di sebalik sokongan kuat terhadap dirinya memilih untuk tidak bertanding dalam pilihan raya itu.
Perikatan Penaklukan yang diketuai oleh mantan menteri pengangkutan dan setiausaha agung Pertubuhan Badr , Hadi al-Ameri, menduduki tempat kedua dengan 47 kerusi dan Perikatan Kemenangan, yang diketuai oleh penyandang Perdana Menteri, Haider al-Abadi, menduduki tempat ketiga dengan 42 buah kerusi.
Perikatan Penaklukan adalah satu perikatan baru yang memasuki pilihan raya untuk kali pertama. Perikatan itu terdiri daripada 18 parti politik yang kebanyakannya adalah bekas kumpulan daripada Unit Mobilisasi Popular (PMU). PMU yanglebih dikenali dengan nama Arabnya sebagai Hashd al-Sha'abi, adalah kunci dan elemen penting di dalam operasi mengalahkan pengganas Takfiri Daesh pada tahun lepas. Unit-unit utama kumpulan itu sebelum ini telah menyerahkan senjata mereka kepada pihak berkuasa untuk memasuki arena politik.
19 Mei 2018 - 18:15
News ID: 894148
Suruhanjaya pilihan raya Iraq telah mengumumkan bahawa pakatan politik Sa'iroun yang merupakan perkumpulan ulama Moqtada al-Sadr dengan pihak komunis, sebagai pemenang di dalam piliha raya parlimen negara Arab itu.