6 Oktober 2018 - 16:56
Shehbaz,Adik Kepada Nawaz Sharif Ditahan Kes Rasuah

Pemimpin pembangkang, Shehbaz Sharif diarahkan menjalani hukuman penjara selama 10 hari selepas ditahan berhubung kes rasuah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin pembangkang, Shehbaz Sharif diarahkan menjalani hukuman penjara selama 10 hari selepas ditahan berhubung kes rasuah.

Menurut peguamnya, beliau tidak dapat meneruskan kempen mewakili partinya menjelang pilihanraya kecil minggu depan.

Shehbaz adalah adik kepada bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif yang dikenakan hukuman 10 tahun penjara oleh Mahkamah antirasuah selepas disingkirkan daripada pentadbirannya.

Jumaat lalu, Shehbaz ditahan oleh ejen Biro Tanggungjawab Nasional (NAB) berhubung kes rasuah membabitkan skim rumah kos rendah ketika menjadi Ketua Menteri bagi wilayah Punjab.-REUTERS