Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Krisis politik yang tercetus pada minggu ini di Venezuela berlaku selepas pemimpin pembangkang, Juan Guaido melawat Amerika Syarikat, Colombia dan Brazil pada bulan lepas.
Guaido sebelum ini mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku presiden pada awal minggu ini dan dengan pantas berjaya mendapat pengiktirafan daripada Washington. Perkara tersebut dikecam keras oleh Presiden Nicolas Maduro dan beberapa negara lain yang menyifatkan langkah itu sebagai sebuah rampasan kuasa.
Ketika berucap kepada warga Venezuela melalui saluran televisyen pada hari Jumaat, Presiden Maduro mendakwa bahawa Guaido bekerja bagi pihak Amerika Syarikat sekaligus memanggilnya sebagai "ejen" Washington di Venezuela. "
"Mereka melatihnya sebagai ejen dan mereka meletakkannya di dalam persada politik. Dia merupakan ejen kerajaan Amerika Syarikat, dia tahu (akan perkara ini) dan akan menerima serta memenuhi arahan daripada mereka," kata Maduro.
Menurut Associated Press, Guaido secara senyap melawat Washington, Colombia dan Brazil pada pertengahan Disember lepas dalam rangka memberikan penerangan ringkas kepada para pegawai negara-negara terbabit berhubung rancangannya untuk mencetuskan pergolakan di negara itu bertepatan dengan tarikh di mana Presiden Maduro dijangka mengangkat sumpah buat penggal kedua beliau.
Menurut AP, Kanada turut memainkan peranan penting di dalam perkembangan yang berlaku sekarang di Venezuela dengan Menteri Luar Negeri Kanada, Chrystia Freeland didakwa bercakap kepada Guaido pada malam sebelum upacara angkat sumpah. Freeland dikatakan bersedia untuk menawarkan sokongan jika Guaido bersedia untuk berhadapan dengan Maduro. -Press TV
27 Januari 2019 - 18:47
News ID: 926625
Krisis politik yang tercetus pada minggu ini di Venezuela berlaku selepas pemimpin pembangkang, Juan Guaido melawat Amerika Syarikat, Colombia dan Brazil pada bulan lepas.