16 Februari 2019 - 13:05
Zionis Tindas Petani Palestin

Pihak berkuasa Israel bertindak menutup laluan masuk ke tanah pertanian Palestin di perkampungan Urif di utara Nablus, semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa Israel bertindak menutup laluan masuk ke tanah pertanian Palestin di perkampungan Urif di utara Nablus, semalam.

Zionis bertindak demikian bagi menghalang petani Palestin daripada memasuki kawasan tersebut.

Pemantau aktiviti penempatan haram Israel, Ghassan Daghlas berkata tindakan itu diambil beberapa jam selepas pendatang Yahudi dari Yitzhar mengemukakan aduan berhubung pembukaan jalan tersebut. - Agensi