Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iran pada hari ini meraikan hari ulang tahun ke-40 referendum bersejarah di mana warga negara itu mengundi untuk penubuhan Republik Islam selepas sistem monarki yang disokong oleh Amerika Syarikat digulingkan melalui Revolusi Islam pimpinan Imam Khomeini.
Dalam referendum yang berlangsung selama dua hari pada tahun 1979, lebih daripada 98.2 peratus rakyat Iran yang layak menyatakan sokongan mereka terhadap penubuhan Republik Islam di negara tersebut.
Undian yang diadakan kurang daripada dua bulan selepas kemenangan Revolusi Islam, dianggap sebagai titik perubahan yang kritikal di dalam sejarah moden Iran.
Sejak itu, negara itu meraikan 12 haribulan Farvardin (1 April) menurut kalendar Iran sebagai Hari Republik Islam. -Press TV
1 April 2019 - 17:34
News ID: 935313
Iran pada hari ini meraikan hari ulang tahun ke-40 referendum bersejarah di mana warga negara itu mengundi untuk penubuhan Republik Islam selepas sistem monarki yang disokong oleh Amerika Syarikat digulingkan melalui Revolusi Islam pimpinan Imam Khomeini.