27 April 2019 - 14:48
Anak Netanyahu Nafi Kewujudan Palestin

Selepas Benjamin Netanyahu dikritik kerana cuba menamakan sebuah pekan di Bukit Golan, Syria dengan nama Donald Trump, anak lelakinya, Yair Netanyahu bagaikan mengikut jejak ‘biadab’ Perdana Menteri Israel itu apabila menafikan kewujudan Palestin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Selepas Benjamin Netanyahu dikritik kerana cuba menamakan sebuah pekan di Bukit Golan, Syria dengan nama Donald Trump, anak lelakinya, Yair Netanyahu bagaikan mengikut jejak ‘biadab’ Perdana Menteri Israel itu apabila menafikan kewujudan Palestin.

Yair menyatakan perkara itu menerusi Twitter dengan logik sempit bahawa tiada huruf ‘P’ dalam bahasa Arab.

Portal Wafa melaporkan, semuanya bermula apabila Yair me­nulis mengenai sebuah per­kampungan Palestin yang penduduknya ‘dihapuskan’ tiga kumpulan Zionis iaitu Haganah, Irgun dan Lehi antara tahun 1947 dan 1948.

Kenyataan bersifat provokatif itu mencetuskan rasa tidak puas hati beberapa pengguna Twitter mengenai tragedi berdarah dan nasib penduduk Palestin di perkampungan tersebut.

Sebagai reaksi, Yair mendakwa kewujudan Palestin adalah satu mitos semata-mata dan per­kara itu dibuktikan dengan fakta bahawa tiada huruf P dalam bahasa Arab, namun hakikatnya Palestin dikenali sebagai Falasteen.

Selain itu, anak lelaki Netanyahu itu juga mendakwa penduduk Arab adalah ‘milik’ negara-negara Arab berikutan banyak persamaan linguistik manakala Yahudi (Jews) sama dengan Judea.

Namun, Yair ditempelak peng­guna Twitter yang membuktikan huruf ‘J’ tiada dalam bahasa Hebrew dan sehubungan itu, masyarakat tersebut tidak boleh dikaitkan dengan agama Judea.

Pada Disember tahun lalu, Facebook mengenakan sekatan selama 24 jam terhadap Yair selepas dia memuat naik kenya­taan berkaitan anti-Islam dan anti-Palestin yang secara jelas melanggar polisi media sosial berkenaan.

Dalam pada itu, penduduk Yahudi didakwa membuang racun ke dalam tangki air yang digunakan oleh penduduk Palestin untuk haiwan ternakan mereka di pekan Yatta yang terletak di Tebing Barat.

Penyelaras Jawatankuasa An­ti Penempatan, Rateb Jabour berkata, tindakan jahat itu dilakukan oleh penduduk Yahudi dari kawasan penempatan ha­ram Ma’un.

Sementara itu, laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan penduduk dan kerajaan Palestin tidak mempunyai gambaran me­ngenai skop cabaran yang akan mereka hadapi selepas ini.

Laporan yang dikeluarkan oleh Penyelaras Khas PBB bagi Proses Damai Asia Barat (UNSCO) itu turut memberi amaran bahawa keadaan tersebut secara tidak langsung memberi tekanan kewangan, keselamatan dan politik kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA), sekali gus menyukarkan proses pembangunan serta kemajuan Palestin.

Hal itu disebabkan oleh penindasan berterusan daripada rejim Zionis yang semakin galak menceroboh tanah Palestin, merobohkan penempatan mereka, membangunkan penempatan haram yahudi serta kekura­ngan hal ehwal undang-undang yang telus dan adil.