31 Mei 2019 - 19:12
Perjanjian Abad Ini Akan Jadi Kekalahan Abad Ini: Presiden Rouhani

Presiden Republik Islam Iran pada hari ini berkata bahawa "Perjanjian Abad Ini " akan bertukar menjadi "Kekalahan Abad Ini" sambil menekankan bahawa perkara itu sama sekali tidak akan pernah membuahkan sebarang hasil positif kepada rantau dan dunia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Republik Islam Iran pada hari ini berkata bahawa "Perjanjian Abad Ini " akan bertukar menjadi "Kekalahan Abad Ini" sambil menekankan bahawa perkara itu sama sekali tidak akan pernah membuahkan sebarang hasil positif kepada rantau dan dunia.

Presiden Rouhani berkata sedemikian ketika menyertai perhimpunan Hari al-Quds Sedunia di Tehran. Menurut beliau, Hari Quds di dalam sejarah Revolusi Islam Iran memiliki nilai yang begitu tinggi sekali.

"Hari al-Quds adalah hari kebangkitan umat Islam terhadap seluruh penzalim di dunia dan mesej (Hari) al-Quds adalah Palestin akan sentiasa hidup dan Quds adalah milik umat," ujar beliau kepada pemberita.

Presiden Iran berkata bahawa "Tiada sebarang syak bahawa kemenangan mutlak akan diraih oleh bangsa Palestin dan bumi itu akan menjadi tempat aman bagi umat Islam, Kristian dan Yahudi."

Ketua Badan Kehakiman Republik Islam Iran, Hujjatul Islam, Syed Ibrahimi Raeisi turut mengizharkan keyakinan beliau bahawa konspirasi terkini pentabiran Amerika Syarikat terhadap bangsa Palestin melalui apa yang dipanggil Washington sebagai "Perjanjian Abad Ini" akan berjaya dipatahkan dan berubah menjadi "Tentangan Abad Ini".

Beliau turut yang memuji kehadiran warga Iran di dalam perhimpunan itu menegaskan bahawa mesej Hari al-Quds dirasakan oleh pihak musuh khususnya kuasa istikbar (bongkak) dunia (A.S).

"... dengan melihat kehadiran sebesar ini serta kebijakan umat Islam (dalam menanggapi konspirasi musuh terhadap mereka), perjanjian abad ini pasti akan bertukar kepada penentangan abad ini," ujar beliau yang pernah bertanding di dalam pilihan raya presiden negara itu.

Puluhan ribu warga Iran pada hari ini menyertai demonstrasi tahunan bagi menyatakan sokongan mereka kepada Palesin dan dalam masa yang sama menolak pelan damai Amerika Syarikat (A.S) yang disifatkan zalim dan berat sebelah. 


Tunjuk perasaan tahunan yang dinamakan sebagai 'Hari al-Quds (Baitulmuqaddis) Sedunia' dianjurkan pada setiap hari Jumaat terakhir bulan Ramadan dan turut diadakan di beberapa negara lain termasuk India, Pakistan, Malaysia dan Indonesia.

Program itu -di peringkat domestik- juga dilihat sebagai kayu ukur yang baik untuk memahami sokongan bangsa Iran kepada sistem pemerintahan mereka yang berusaha keras menentang kuasa istikbar (bongkak) dunia dan dalam masa yang sama memperkenalkan Islam sebagai solusi kepada sebarang isu domestik dan antarabangsa.  -Tasnim/ABNA24