8 Jun 2019 - 13:54
Israel Punyai ‘Hak’ Rampas Tanah Tebing Barat- Duta AS

Duta Amerika Syarikat (AS) menyatakan Israel mempunyai hak untuk merampas sekurang-kurangnya ‘sebahagian’ penempatan haram Tebing Barat, dalam komen yang kemungkinan meningkatkan lagi penentangan rakyat Palestin pada pelan damai AS.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Duta Amerika Syarikat (AS) menyatakan Israel mempunyai hak untuk merampas sekurang-kurangnya ‘sebahagian’ penempatan haram Tebing Barat, dalam komen yang kemungkinan meningkatkan lagi penentangan rakyat Palestin pada pelan damai AS.

Pelan tersebut ditolak sebelum ia dibentangkan dengan menunjukkan pentadbiran Presiden Donald Trump yang berat sebelah.

Mereka kemungkinan melihat komen terbaharu Duta AS ke Israel, David Friedman sebagai paku baharu keranda proses damai yang sudahpun berada dalam sokongan hayat.

Menurut Friedman, sebahagian daripada rampasan Tebing Barat adalah sah.

“Dalam keadaan tertentu, saya fikir Israel mempunyai hak untuk memiliki sebahagian, tetapi bukan semua Tebing Barat,” katanya. - AFP