Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana menteri terakhir Libya di bawah pemerintahan pemimpin Muammar Gaddafi, Baghdadi al-Mahmoudi, telah dibebaskan dari penjara atas faktor kesihatan, empat tahun selepas dijatuhi hukuman mati.
Menurut Kementerian Kehakiman Tripoli, Baghdadi dibebaskan atas cadangan suruhanjaya perubatan bagi membolehkan bekas perdana menteri Libya itu mendapatkan rawatan di pusat perubatan yang khusus.
Tiada butiran lanjut didedahkan berhubung jenis penyakit yang dihidap pemimpin itu atau tarikh beliau dibebaskan.
Baghdadi, menjadi perdana menteri apabila pemberontakan yang disokong oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada 2014 telah mengulingkan dan membunuh Muammar.
Baghdadi dijatuhkan hukuman mati pada Julai 2014 bersama dengan lapan lagi pegawai era Muammar termasuk anak pemimpin itu, Saif al-Islam atas dakwaan tindakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan ketika revolusi 2011. - AFP
20 Julai 2019 - 18:07
News ID: 962967

Perdana menteri terakhir Libya di bawah pemerintahan pemimpin Muammar Gaddafi, Baghdadi al-Mahmoudi, telah dibebaskan dari penjara atas faktor kesihatan, empat tahun selepas dijatuhi hukuman mati.