26 Julai 2019 - 18:34
Syria Tolak Persetujuan AS Dan Turki

Kerajaan Syria menolak sebarang persetujuan antara Turki dan Amerika Syarikat (AS) dalam penubuhan zon keselamatan di utara Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Syria menolak sebarang persetujuan antara Turki dan Amerika Syarikat (AS) dalam penubuhan zon keselamatan di utara Syria.

Sumber Kementerian Luar Syria berkata persetujuan tersebut merupakan ancaman kepada kedaulatan dan perpaduan negara tersebut.

"Syria mengulangi tentangannya terhadap apa-apa persetujuan antara AS dan Turki," katanya.- AFP