29 November 2019 - 19:14
Tentera Israel Tembak Mati Remaja Palestin

Tentera Israel menembak mati seorang remaja Palestin berhampiran sempadan Gaza, hari ini, menurut kementerian kesihatan wilayah ditadbir Hamas itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Israel menembak mati seorang remaja Palestin berhampiran sempadan Gaza, hari ini, menurut kementerian kesihatan wilayah ditadbir Hamas itu.

Fahd al-Astal, 16, meninggal dunia, selepas ditembak di perut di timur Khan Yunis, selatan Gaza dengan empat penduduk Palestin lain turut cedera, katanya.

Tunjuk perasaan sempadan dengan Israel dibatalkan secara rasmi, hari ini. Namun, penduduk berkata, ada sejumlah kecil penduduk muda Palestin masih menghampiri pagar sempadan.

Sekurang-kurangnya 348 penduduk Palestin terbunuh akibat tembakan Israel di Gaza, sejak tunjuk perasaan minggu bermula, Mac 2018. - AFP