Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Berang lain dipesan lain pula yang diterima, seorang pelanggan McDonald's di Tennessee, Amerika Syarikat bertindak mengacukan pistol kepada pekerja restoran rangkaian makanan segera itu.
Menurut laporan Fox News, dalam kejadian minggu lalu, Asai Vester, 20, yang memesan makanan menerusi pandu lalu mengamuk selepas diberikan sos tomato bukannya jeli seperti diminta.
Perkara tersebut mencetuskan pergaduhan antara pekerja McDonald’s itu dan Vester sebelum dia bertindak mengeluarkan senjata terbabit.
Menurut laporan media tempatan, Vester ditahan selepas pihak polis meneliti rakaman kamera keselamatan di lokasi kejadian.
Vester dituduh melakukan serangan dan memiliki senjata secara haram. - Agensi
9 Disember 2019 - 13:42
News ID: 992560

Berang lain dipesan lain pula yang diterima, seorang pelanggan McDonald's di Tennessee, Amerika Syarikat bertindak mengacukan pistol kepada pekerja restoran rangkaian makanan segera itu.