Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) – Ulama Bahrain, dalam satu pernyataan yang dikeluarkan pada hari Isnin, mengatakan bahawa larangan sambutan hari Asyura tidak ada kaitan dengan wabak koronavirus di negara itu, tetapi lebih cenderung kepada dasar sektarianisme rejim Manama, dan menyasarkan progam keagamaan dengan tujuan hegemoni politik terhadap kepercayaan.
Mereka menegaskan para peserta upacara sedang berkabung dan mengikuti secara serius protokol kesihatan, namun rejim Bahrain memaksa, menyerang dan mengancam perhimpunan keagamaan setiap hari.
Pasukan rejim Bahrain telah mensasarkan ritual keagamaan Muharram sejak seminggu yang lalu, dengan memusnahkan, papan nama, dan simbol berkabung lain yang digunakan oleh komuniti Syiah Bahrain untuk memperingati kesyahidan Imam Hussein (a.s), yang berkabung pada hari kesepuluh bulan.
Pada 19 April lalu, ulama Bahrain yang terkenal, Ayatollah Sheikh Isa Qassim mengatakan bahawa penyusunan perlembagaan baru adalah satu-satunya jalan keluar dari krisis politik di kerajaan kecil yang dilanda protes itu, sambil mendesak rejim di Manama membuat perjanjian dengan pembangkang Bahrain, bukannya menindas perbezaan pendapat.
Demonstrasi di Bahrain diadakan secara berkala sejak protes popular bermula pada pertengahan Februari 2011.
Para peserta demonstrasi menuntut rejim Al Khalifah melepaskan kuasa dan memberi laluan sistem adil yang mewakili semua orang Bahrain dibentuk.
Manama bagaimanapun, berusaha keras untuk mengatasi sebarang tanda perbezaan pendapat.
Pada 5 Mac 2017, parlimen Bahrain meluluskan perbicaraan di pengadilan tentera dalam tindakan yang dilancarkan oleh pejuang hak asasi manusia sebagai sama dengan pengenaan undang-undang tentera yang tidak diisytiharkan di seluruh negara. Raja Hamad mengesahkan pindaan perlembagaan pada 3 April 2017.
---------------
177