Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pengerusi Parti Demokratik Rakyat (HDP), Selahattin Demirtas menegaskan bahawa gabungan Turki dan Qatar bertujuan menyelamatkan organisasi pengganas ISIS dan Jabha Nusra yang mencetuskan krisis di Iraq dan Syria.
"Arab Saudi, Turki dna Qatar memainkan peranan penting dalam mewujudkan organisasi-organisasi pengganas ini dan membekalkan mereka segala jenis bantuan sejak krisis Syria tercetus," kata Demirtas kepada sekumpulan wartawan pada hari Sabtu.
Tambah beliau lagi, "Penyertaan tentera udara Russia di Syria mengekang kumpulan pengganas yang tidak dapat melancarkan aksi keganasan sebagaimana yang telah mereka lakukan sengan bebas di Syria."
Selain itu, beliuau menuduh rejim Recep Teyyip Erdogan mengambil langkah bahaya dalam memuaskan nafsu Al-Saud dan Khalifah al-Thani.