8 Mac 2026 - 21:36
Taktik Perang Iran Berhasil, Radar AS Menjadi Milik Sejarah

Radar-radar pengesan AS menjadi sasaran serangan bertubi-tubi Iran dalam tindak balas mereka ke atas pencabulan undang-undang antarabangsa yang dilakukan Trump sejak bermulanya perang 8 hari yang lepas.

Agensi Berita Antarabangsa Ahlul Bait (ABNA): Majalah Wall Street Journal mengeluarkan laporan yang mengatakan Iran kini sedang menyasarkan pusat-pusat radar pengesan AS di beberapa wilayah negara-negara Arab.

Iran bertindak sedemikian dengan usaha untuk melumpuhkan lagi kebolehan rejim kejam AS, sekali menjanjikan impak yang dahsyat buat serangan peluru berpandu Muqawwamah mereka yang akan datang.

Menurut laporan Wall Street, "Kini kita dapat menyaksikan bahawa sistem pertahanan AS yang dikatakan sebelum ini takkan mampu ditembusi dan kebal akan segala bentuk serangan hanyalah khayalan semata-mata".

Your Comment

You are replying to: .
captcha