21 Mac 2026 - 16:59
Menteri Luar Iran: AS Sedang "Menang", Realiti Mempamerkan Sebaliknya

Menteri Luar Iran Sayyed Abbas Araghchi dengan nada bersindir mengatakan, "AS sedang mencapai "kemenangan", realiti pula mempamerkan sebaliknya".

Agensi Berita Antarabangsa Ahlul Bait (ABNA): Menteri Luar Iran Sayyed Abbas Araghchi dengan nada bersindir mengatakan, "AS sedang mencapai "kemenangan", realiti pula mempamerkan sebaliknya".

"Rakyat Amerika Syarikat telah lupa ketika ratusan tentera AS sedang dibunuh di tanah Vietnam, dan penghujung itu sudah cukup jelas, Jeneral William Westmoreland telah dihantar pulang untuk mengkhabarkan kepada rakyat bahawa perang sedang berlanjut dengan baik dan mereka sedang menang" nukilan di akaun X beliau.

"Di saat Trump mengatakan sistem pertahanan udara Iran tiada upaya, sebuah F-35 berjaya ditembak jatuh, Di saat Trump mengatakan tentera laut Iran suda hancur, USS Gerald Ford berpatah balik dan USS Abraham Lincoln makin menjauh".

Beliau menutup dengan cicipan, "Dekad berbeza, istilah "kami menang" yang sama".

Your Comment

You are replying to: .
captcha