Menurut Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), 67 anggota misi kemanusiaan ke Gaza yang turut sertai Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) telah tiba di Kaheran, Mesir malam tadi.
Seramai 35 doktor, Paramedik dan pakar perubatan pelbagai kaum akan berada di wilayah konflik itu untuk memberi bantuan. Berita Harian sebelum ini menyiarkan kira-kira 30 doktor dan pegawai perubatan Melayu dan masing-masing 20 India dan Cina mendaftar untuk misi siri satu terbabit yang melambangkan semangat 1Malaysia. Bagaimanapun katanya senarai pendek akan dijalankan bagi memastikan mereka yang mengikuti misi terbabit sihat.
Misi kemanusiaan ini dikatakan membawa ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan yang bernilai US$10,000 yang akan disumbangkan kepada hospital dan klinik kerajaan melalui pemimpin Hamas Dr Basem N.Naim yang mengendalikan sektor kesihatan di Gaza.