Hasad ialah salah satu sifat buruk yang menyebabkan penghidapnya merasa tidak senang dengan nikmat, harta makam dan kemajuan yang diperolehi orang lain. Dari sini kedengkian tersemai dalam hatinya sehingga ia tergamak menyingkirkan keistimewaan yang ada pada orang lain dengan mengumpat, mendedahkan kelemahannya dan tidak akan mengungkapkan kredibilitinya.
Hasad kadangkala bersemanyam dalam hati dan kadangkala dapat dilihat pada zahir seseorang. Allah (swt) berfirman kepada Nabi (saw): Berlindunglah kepada Allah daripada antara manusia yang mempunyai hasad yang paling jahat, iaitu mereka yang melakukan perbuatan Hasad.
Imam Sodiq menukilkan bahwa Lukman berkata kepada anak-anaknya, "Hasad ada tiga tanda: menikam dari belakang, menjilat dari depan (bodek) dan bergembira dengan musibah orang lain.Salah satu tanda-tandanya ialah iri hati.
Al-Quran menjelaskan, "Apakah mereka iri hati dengan kelebihan yang Allah kurniakan?
Hasad tersebut bermaksud permusuhan, menahan diri dari mengiktiraf kelebihan-kelebihan atau yang lebih parah lagi membuat rancangan untuk menjatuhkan mereka yang mempunyai keistimewaan. Al-Quran juga turut menceritakan peristiwa yang berlaku ke atas nabi Allah Yusuf (as) dan saudara-saudaranya serta kisah Habil dan Qabil yang berkait rapat dengan Hasad.
menurut riwayat sifat buruk ini memberi kesan terhadap dunia, akhirat dan agama. Imam Ali (as) berkata, "setiap kali Hasad menghujani maka tumbuhlah kerosakan" - Ghurar al-Hakim hadis 4131.
"Hasil hasad ialah kerosakan dunia dan akhirat." Ghurar al-Hakim hadis 4632
"Hasad tidak merawat malah menyingkirkan nikmat". Ghurar al-Hakim hadis 1478
"Hasad mencairkan jasad". Ghurar al-Hakim hadis 981
Imam Baqir (as) mengatakan, "Hasad akan memakan iman seperti mana api memakan kayu". al-Kafi jil 2 halaman 306
Kata-kata tersebut jelas menunjukkan hasad boleh menyiksa jiwa raga seseorang sehingga ia mendendam dukacita yang amat parah kerana risau pada kelebihan orang lain yang nampak berkilau di matanya.