Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah pentadbir alam semesta, selawat dan salam buat penghulu kami Muhammad serta keluarga baginda yang suci

Firman Allah dalam surah Rom ayat 30:

 «فَاَقِمْ وَجْهَكَ لِلدّينِ حَنيفاً فِطرَةَ اللّهِ الَّتى فَطَرَ النّاسَ عَلَيها لاتَبديلَ لِخَلقِ الله ذلِك الدّينُ القَيِّمُ و لكنَّ اكثر الناس لايَعلمون»

 maka hadapkanlah dirimu ke arah ugama yang jauh dari kesesatan;  ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Perlaksanaan Fitrah dalam berbagai cabang ilmu kemanusiaan

Salah satu kunci dalam mengenali manusia menurut perspektif Islam ialah mengenal Fitrah. Fitrah dalam berbagai cabang ilmu kemanusiaan telah dihuraikan kaitannya dengan berbagai peristiwa. Contohnya Fitrah dalam ilmu makrifat akan menggolongkannya dengan pembawaan salah satu sumber ilmu. Dalam psikologi dan ilmu tingkahlaku menggolongkannya sebagai salah satu jentera perbuatan. Dalam ilmu akhlak dan falsafah akhlak pula persoalan ini diterangkan sebagai ‘apakah makhluk dan wataknya terdiri dari akibat gerakan fitrah?’. Akhirnya perbahasan Fitrah dalam ilmu pendidikan yang menjurus kepada pentadbiran perangai manusia  juga mempunyai ciri-ciri khusus tersendiri.

Pengambilan kalimah Fitrah adalah sangat berbeza pembawaannya dalam berbagai cabang ilmu dan budaya; misalannya dalam berbagai falsafah barat telah membawa perbahasan Fitrah dan menggolongkan semua pengertian Fitrah terkenal dalam Falsafah dekorat yang mana ia menjadi jurang pembezaan antara pengenalan makrifat dekorat dan falsafah pengalaman.

Fitrah dalam falsafah Islam

Pemahaman Fitrah dari beberapa perspektif falsafah Islam telah diterangkan: perspektif pertama ialah menyimpulkan ilmu dan pengetahuan manusia kepada satu rangkaian ilmu penjelasan dan penjelasan-penjelasan ini terhasil dari ‘Fitrah akal’. Perspektif kedua, bukan dari penjelasan primer iaitu kesan dari Fitrah akal. Golongan penerangan sekunder di namakan Fitriyat «فطريات». Peradilan Fitrah dalam logika, salah satu golongan peradilan tahap sederhana sentiasa hadir dalam pemikiran, selain itu ianya menjurus dalam falsafah Islam ia tertera sebagai Fitrah Wahm (Fitrah tanggapan) «فطرت وهم»; seperti dalam kitab Nejad«نجات»  dan Syifa «شفا» ibnu Sina kadangkala membahaskan Fitrah Wahm.

Kami hingga saat ini belum berada dalam penelitian tentang perlaksanaan kalimah ini dalam bidang falsafah, namun huraiannya menerangkan bahawa ciri-ciri Fitrah mempunyai tempat tersendiri dalam falsafah Islam dan ia mendapat perhatian ahli falsafah besar timur dan barat.

Namun perlaksanaan Fitrah dalam al-Quran boleh dikatakan sebagai: al-Quran terang-terangan diturunkan dalam bahasa manusia iaitu bahasa Arab, pemahamannya  sejak mula lagi dapat diterima oleh warga zaman tersebut, namun tinjauan terhadapnya mungkin menunjukkan perbezaan dalam penggunaannya. Maksudnya ia mempunyai daerah penggunaan bahasa yang lebih terbatas atau pun lebih luas.  Subjek ini juga boleh melahirkan istilah baru. Di dalam al-Quran banyak kalimah yang bermula dengan makna lughawi, tetapi ia sedikit demi sedikit bertukar menjadi satu istilah baru yang eksklusif. Perlaksanaan kalimah Fitrah juga seolah-olah menuju ke arah ini, iaitu membawa maksud istilahnya yang tersendiri. Dalam bentuk apa pun terdapat banyak sifat-sifat dalam daerah maknanya yang luas, sementara itu pengetahuan orang ramai atau kumpulan tertentu hanyalah di sekitar maknanya yang khusus.