25 September 2010 - 20:30

Markaz Syiah Sao Paulo di Brazil diselongkar, dirosakkan dan disamun oleh individu bersenjata.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir)- Dalam serangan bersenjata ini, pengerusi pusat Syiah ini Hujjatul Islam Syaikh Talib Husain al-Khazraji mendapat kecederaan.

Kumpulan ini sempat mengancam ingin menculik, membunuh sambil merosakkan markaz Syiah Sao Paolo dan menghina pengikut Syiah.

Tidak cukup dengan ini mereka turut menyerang rumah kediaman ulama tersebut dan menakutkan anggota keluarga beliau sambil mencuri perhiasan berupa permata dan beberapa barangan awam sebelum melarikan diri.

Hujjatul Islam ini dikejarkan ke Hospital dan anaknya Fakhrudin masih dalam keadaan trauma ketakutan.

Beberapa hari setelah peristiwa ini pihak polis masih menyiasat dan belum menghebahkan serangan ini bahkan menegah sebarang spekulasi bahawa kumpulan Zionis sudah beroperasi di Amerika Latin dengan mengupah kumpulan penjenayah yang bertujuan melemahkan operasi markaz itu.

Markaz Islam Sao Paulo merupakan pusat Syiah yang paling bergiat cergas di Amerika Latin dalam bulan Ramadhan yang menyaksikan perhimpunan besar majlis ibadah di malam-malam lailatul Qadr.

Markaz ini turut menyertai pameran buku antarabangsa dengan mempersembahkan beberapa buku Syiah seperti Kitab Nahjul Balaghah dan karya-karya Syahid Murtadha Muthahhari terjemahan bahasa Portugis. Markaz ini turut menyebarkan pernyataan penting terhadap pembakaran al-Quran.

Hujjatul Islam al-Khazraji telah berjaya menerjemahkan berbagai kitab Syiah seperti pandangan pemimpin agung revolusi Islam dalam bahasa Portugis. Menurut sumber serangan pengganas tersebut tercetus dari kegiatan aktif komuniti Islam dan Ahlul Bait dan musuh-musuh berusaha menimbulkan tekanan terhadap ulama ini dan keluarga beliau supaya penyampaian Ahlul Bait di Amerika Latin tersekat.