Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Kerajaan Kuwait memuji ulama yang menentang pemecah belah mazhab dan ekstremis ketika mengulas fatwa pemimpin Syiah sedunia Ayatullah Sayed Ali Khamenei yang mengharamkan kata-kata kesat dilemparkan kepada Ummulmukminin Aisyah atau mana-mana simbol Ahlusunnah.
Kabinet Kuwait yang dipengerusikan oleh Perdana Menterinya Syaikh Nasser Mohammad al-Ahmad al-Sabah berkata sesungguhnya umat Islam berwaspada terhadap segala percubaan yang memecah belahkan mereka.
Menteri urusan kebinet negeri Roudhan al-Rhoudhan setelah persidangan kerajaan mengeluarkan pernyataannya bahawa Kabinet tersebut membahaskan segala usaha untuk menghadapi komplot perpecahan mazhab. Selain itu mereka turut membicarakan bagaimana mengetengahkan kepada umum bahawa Islam adalah agama bertamadun.