26 Ogos 2012 - 19:30

Menurut Marzuki, terjadi kesalahan di tengah-tengah masyarakat yang menganggap Syiah adalah sesat. Padahal Syiah bukanlah kelompok Islam sesat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketua Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Marzuki Alie menggesa Majelis Ulama Indonesia (MUI) dan Kementerian Agama (Kemenag) bertindak segera membantu masalah rusuhan di Sampang."Ini perlu sosialisasi MUI bersama Kementerian Agama bahawa Syiah itu tidak sesat. Siapa sahaja yang melakukan kekerasan, sebagai suatu negara yang mempunyai undang-undang maka harus diambil tindakan tegas," kata Ketua DPR Marzuki Alie.Menurut Marzuki, terjadi kesalahan di tengah-tengah masyarakat yang menganggap Syiah adalah sesat. Padahal Syiah bukanlah kelompok Islam sesat. Dia meyakini aksi penyerangan yang menyebabkan terbunuhnya dua orang penganut Syiah kerana tidak ada tokoh agama di tengah-tengah masyarakat. Bahkan, Marzuki mengkritik tokoh agama yang cenderung berpolitik sehingga urusan masyarakat terbengkalai."Sudah semakin sedikit tokoh-tokoh agama yang berwibawa seperti masa lalu, ini semua kerana politik. Tokoh agama sering terseret ke arena politik kerana memang diseret-seret oleh berbagai kepentingan politik," jelasnya.Untuk itu, dia berharap agar pihak polis dapat bertindak lebih cepat. Meraka yang melakukan keganasan tetap perlu diadili. "Penegak undang-undang bertindak cepat, sederhana dan tepat sesuai aturan perundangan yang berlaku di Indonesia," ujar Marzuki.