Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Republik Islam Iran bersama beberapa jabatan perlancongan wilayahnya menyertai pameran Pertukaran Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITE) 2012 yang akan disertai 600 pempamer dari 33 negara, 120 pembeli khusus dari 23 negara dengan jangkaan 600,000 pengunjung. Pameran ini dijangka akan bermula hari Jumaat ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Berasaskan laporan berita ini, agensi perlancongan dari Isfahan, Kerman, Khorasan Rizvi dan Tehran menawarkan pakej-pakejnya dengan harga berpatutan yang menjanjikan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.Menurut tinjauan, beberapa kumpulan muzik dan kesenian tempatan Iran akan hadir untuk memeriahkan lagi pameran yang dijangka bermula dari Jumaat sehingga Sabtu ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Selain itu, kumpulan agensi perlancongan ini akan mempromosikan perlancongan di Auditorium Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang dalam program yang dinamakan "Malam Kebudayaan Iran". Seluruh lapisan masyarakat diundang untuk memeriahkan acaranya.