Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kementerian Agama menegaskan kerajaan Syria hari ini sedang menghadapi kumpulan pengganas bersenjata yang dikepalai al-Qaeda untuk menghuru-harakan kestabilan dan ketenteraman yang anjurkan Islam.
Dalam sidang media kelmarin, wakil kementerian berkata, "Sesungguhnya kesyahidan al-Syeikh Abdullah al-Shaleh, pengarah Kementerian Agama, berada di jalan yang bermaruah dan mulia. Rakyat kita yang mulia tidak akan tunduk dari mengikuti realiti kemenangan atas kuasa jahat, zalim dan ganas."
As-Syahid sebelum ini pernah berkata, "Syria memilih untuk berjuang di barisan pertama, berhadapan dengan Zionis yang zalim, yang bertindak ke atas simbol suci kita."
Sekumpulan pengganas bersenjata telah membunuh pengarah Kementerian Agama Abdullah al-Shalih ketika keluar dari rumahnya di Hai al-Dir'iyya.
As-Syahid al-Shalih lahir pada tahun 1962 mendapat ijazah kejuruteraan dari Universiti Halab dan ijazah Ulum Syariah dari Universiti al-Azhar. Beliau dilantik menjadi pengarah Kementerian Agama pada tahun 2009.
31 Disember 2012 - 08:27
News ID: 377129
Pengganas memburu dan membunuh ulama Sunni Syria