Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Dalam satu wawancara yang disiarkan Al-Sumariya News, Nuri al-Maliki berkata, "Organisasi-organisasi pengganas di Syria merasa akan mencapai kemenangan apabila disokong beberapa negara, di mana Turki mengamalkan dasar pintu terbuka, begitu juga Qatar dan Arab Saudi."Al-Maliki menegaskan, "Arab Saudi ingin menyerang mana-mana paksi yang dipercayai sedang memeranginya... Pengganas wujud dan tersebar meluas bersama Saudi."Terdapat laporan yang menegaskan bahawa para pengganas berusaha mendirikan negara (kerajaan Islam Iraq dan Sham) yang sempadannya ialah Iraq dan Saudi kerana di sini dan di sana terdapat minyak."Al-Qaeda dan pembetukannya, sekutu-sekutu dan mereka yang berdiri di belakangnya akan menyerbu Syria dan Iraq dalam masa yang sama." Kata beliau.
25 Januari 2014 - 20:30
News ID: 500415
Perdana Menteri Iraq Nuri al-Maliki menegaskan, Arab Saudi tidak sedar kesilapannya dalam mendukung terrorisme.