6 Februari 2014 - 20:30
Arab Saudi dalang terrorisme

Seorang ulama terkemuka Pakistan berkata, Arab Saudi berada di belakang peningkatan serangan pengganas di negara Asia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sayyed Hussein Shafaqat Shirazi berkata, "Tidak ada satu hari pun berlalu tanpa ada yang gugur syahid di Karachi, Peshawar dan seluruh kota Pakistan. Sekiranya kita mempunyai tiga puluh hari sebulan, kita mempunyai 100 orang yang syahid setiap bulan. Dan mereka ini dibunuh dengan sokongan Saudi. Arab Saudi telah menyokong mereka yang berada di belakang serangan-serangan ini."Timbalan Ketua Setiausaha di Majlis Wahdat -e -Muslimin, Sayyed Hussein Shafaqat Shirazi membuat kenyataan tersebut dalam satu wawancara dengan Press TV pada hari Khamis.Ulama tersebut mendakwa, terdapat beberapa pegawai Pakistan yang mengamalkan polisi menurut selera Riyadh demi keuntungan peribadi mereka sendiri.Beribu-ribu warga Pakistan kehilangan nyawa mereka dalam serangan pengganas tahun ini di seluruh negara. Pengganas menjadikan masyarakat Islam terutamanya pengikut mazhab Syiah sebagai sasaran.Sejak tahun 2013, pengikut mazhab Syiah yang terdiri daripada professor, doktor dan kanak-kanak terbunuh sementara itu berpuluh-puluh yang lain gugur sejak awal tahun 2014.Menurut bekas Menteri Dalam Negeri Pakistan, Rehman Malik, kumpulan pengganas anti Syiah Lashkar Jhangvi yang ditaja oleh Arab Saudi telah terlibat dalam 80 peratus daripada insiden pengganas di negara ini.Pada bulan lalu, ulama Sunni Malaysia berkata plot yang melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Arab Saudi telah ditetaskan bagi mencetuskan konflik sektarianisme sesama umat Islam."Arab Saudi dan negara-negara Arab yang lain telah menukar negara mereka kepada pengkalan Barat. Mereka melakukan perkara tersebut bukan kerana ingin membantu Islam, malah kerana ingin meraih kuasa," tambah Haji Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Parti Islam Semalaysia."Ini menyebabkan kita kesal kerana kerajaan Saudi telah berbakti kepada kepentingan Israel dan Barat," jelas Abdul Hadi Awang.